Monday, June 15, 2009

HIKMAH SAKIT

Setiap sesuatu perkara yang telah ditakdirkan Allah s.w.t ada hikmahnya samaada yang dikatahui mahupun tidak, hikmah tetap ada, Allah s.w.t tidak akan menjadikan sesuatu dengan tujuan yang sia-sia.
Berikut adalah beberapa hikmah daripada penyakit yang dihidapi oleh seseorang pesakit, khususnya bagi orang Islam:

1- Kesabaran Pesakit dan Ihtisab

Setiap pesakit wajib bersabar dan berharapkan pahala daripada Allah s.w.t. sepertimana yang telah Dia janjikan kepada mereka yang bersabar.

Firman Allah s.w.t


(إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ )(al zumar : 10)

Yang bermaksud : Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال : قال النبي صلى الله عليه وسلم : عجبًا لأمر المؤمن إن أمره كله خير، وليس ذلك لأحدٍ إلا للمؤمن، إن أصابته سرَّاء شكر فكان خيرًا له، وإن أصابته ضّراء صبر فكان خيرًا له

Yang Bermaksud : Dari Abi Musa Al Asyari r.a telah berkata: telah bersabda Nabi s.a.w : Pelik ! semua urusan orang mukmin adalah baik, dan itu tidak akan berlaku pada seseorang kecuali dia adalah orang yang beriman , apabila dia ditimpa perkara yang mengembirakan maka dia akan bersyukur maka ianya adalah baik untuknya. Dan apabila dia ditimpa keburukan maka dia akan bersabar maka itu juga baik untuknya.[ H.R : Muslim: 223]

2- Penghapusan dosa-dosa dan kejahatan
Sakit yang dihidapi oleh seseorang pasakit merupakan satu sebab penghapusan dosa yang telah dilakukan ketika sehat samaada dengan hati, pendengaran , penglihatan , lidah dan lain –lain anggota badan. Kemungkinan penyakit yang dihidapinya sekarang adalah satu balasan dari Allah s.w.t ke atas dosa yang telah dilakukan oleh seseorang hamba.

Firman Allah s.w.t :

قال الله تعالى: ((وما أصابكم من مصيبه فبما كسبت أيديكم ويعفو عن كثير )(

Yang Bermaksud : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu musibah (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. [al syura : 30]

sabda nabi muhammad s.a.w

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : مايصيب المسلم من وَصب ، ولا نصب ، ولا هم ،ولا أذى، ولا حزن ، ولا غم حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه.

Yang bermaksud: Dari abi Hurairah r.a telah berkata : telah bersabda nabi s.a.w : tidak ditimpa ke atas orang muslim itu sakit, keletihan, kemurungan, kesakitan, kesedihan, kerungsingan sehinggakan duri mencucuk dirinya melainkan Allah akan menghapuskan dosa dosanya. [H.R Bukhari : 5641, Muslim : 2573]


3- Kebaikan dan darajat

Seseorang hamba itu berkemungkinan merupakan seorang hamba Allah yang mempunyai darajat yang tinggi di sisi Allah s.w.t, akan tetapi hamba tersebut tidak mempunyai amalan yang membolehkan dia mendapat darajat tersebut maka Allah s.w.t mengujinya dengan sakit dan sesuatu yang dia tidak suka, sehinggalah dia benar-benar layak menerima darajat tersebut.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w :

قال عليه الصلاة والسلام : " إن العبد إذا سبقت له من الله منـزلة لم يبلغها بعمله ، ابتلاه الله في جسده أو في ماله أو في ولده ، ثم صبّره على ذلك ، حتى يبلغه المنـزلة التي سبقت له من الله تعا لى "

Yang Bermaksud: sabda Nabi s.a.w : sesungguhnya seseorang hamba itu apabila telah ditakdirkan ke atasnya oleh Allah s.w.t satu kedudukan atau darajat dan dia tidak dapat mencapainya dengan amalan yang telah dilakukan, maka Allah s.w.t akan mengujinya pada jasadnya atau pada hartanya atau pada anaknya, kemudian dia bersabar ke atas musibah tersebut, sehinggalah dia dapat mencapai kedudukan dan darajat sepertimana yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t [ H.R Abu Daud]

4- Penyebab masuk ke syurga

Sabda Nabi Muhammad s.a.w

قال صلى الله عليه وسلم - : " يود أهل العافية يوم القيامة حين يعطى أهل البلاء الثواب ، لو أن جلودهم كانت قرضت بالمقاريض "

Yang Bermaksud: Sabda Nabi s.a.w : orang yang sehat di hari kiamat kelak berharap alangkah bagusnya jika kulit-kulit mereka dihiris-hiris dengan alat pengiris; ketika orang yang diuji oleh Allah s.w.t diberi pahala . [H.R Al Tirmizi]




5- Terselamat daripada api neraka

Hadis nabi s.a.w :

عن أبي هريرة رضي الله عنه- أن النبي صلى الله عليه وسلم – عاد مريضاً ومعه أبو هريرة ، فقال له رسول الله – صلى الله عليه وسلم - : " أبشر فإن الله عز وجل يقول : هي ناري أسلطها على عبدي المؤمن في الدنيا لتكون حظه من النار في الآخرة "


Yang Bermaksud: Dari Abi Hurairah r.a. sesungguhnya nabi s.a.w telah menziarahi seorang pesakit dan bersamanya Abu Hurairah, lalu beliau s.a.w bersabda kepadanya : aku mahu memberitahu kamu satu khabar gembira, sesungguhnya Allah s.a.w berfirman : ia (penyalit/musibah) adalah merupakan nerakaKu yang Aku beri untuk hambaKu yang beriman di dunia supaya dengannya maka dia akan terselamat dari apa neraka di akhirat kelak. [ Al silsilah al Sohehah oleh Al Albani : 557]

6- Bala semakin hebat ke atas orang yang beriman mengikut kadar iman mereka.

قال عليه الصلاة والسلام : " إن عِظم الجزاء مع عِظم البلاء ، وإن الله إذا أحب قوماً ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط " صحيح الترمذي

Yang bermaksud : sabda Nabi s.a.w : sesungguhnya ganjaran yang besar berdasarkan ujian yang besar, dan sesungguhnya Allah s.w.t jika Dia sayangkan sesuatu kaum maka Dia akan menguji mereka, sesiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah dan sesiapa yang marah maka baginya kemarahan Allah s.w.t. [ H.R Al Tirmizi: 2396]

7- Berita gembira bagi pasakit, iaitu jika waktu dia sehat banyak melakukan ketaatan (sunat) dan apabila ditimpa penyakit tidak dapat melakukannya maka Allah s.w.t akan menuliskan baginya pahala juga. Dan pahalanya berterusan selagi mana dia tidak dapat melakukan amalan tersebut dengan sebab sakit.

Sabda Rasulullah s.a.w :

لحديث أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((إذا مرض العبد أو سافر كُتِبَ له مثل ما كان يعمل مقيمًا صحيحًا))

Yang Bermaksud: Rasulullah s.a.w bersabda apabila seseorang hamba itu sakit atau musafir akan ditulis amalan baginya sepertimana amalan yang dilakukan ketika sehat dan bermukim. [H.R Al Bukhari: 2996]


Mencari kesabaran ketika sakit

Telah menjadi satu kewajipan kepada semua pesakit agar sentiasa bersabar dengan penyakit yang dihidapi olehnya. Dengan kesabaran ini maka mereka dapat merealitikan tiga perkara :

1-Mengawal diri daripada sifat marah dan murung.
2-Mengawal lidah daripada suka mengadu kepada makhluk.
3-Mengawal anggota badan daripada melakukan perkara yang menafikan kesabaran.


Sebab-sebab kesabaran ketika sakit

1- Al ilmu (mengetahui dengan yakin) bahawa Allah s.w.t bahawa penyakit yang dia sedang hadapi itu adalah merupakan takdir Allah s.w.t. dan ianya tidak datang daripada selain dariNYA.

Firman Allah s.w.t:

قال تعالى )) قل لن يصيبنا إلا ما كتب الله لنا هو مولانا وعلى الله فليتوكل المؤمنون ((

Yang Bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".[ Al Taubah:51 ]



وقال تعالى )) ما أصاب من مصيبة في الأرض ولا في أنفسكم إلا في كتاب من قبل أن نبرأها ((



Yang Bermaksud : Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. [al hadid :22]

Hadis Nabi s.a.w


و قال عليه الصلاة والسلام : " كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السماوات والأرض بخمسين ألف سنة "

Yang Bermaksud : Bersabda Nabi s.a.w : Sesungguhnya Allah s.w.t telah menulis perjalanan semua makhlukNYA lima puluh ribu tahun sebelum Dia mencipta langit –langit dan bumi. [H.R Muslim 2653]


2- Yakin bahawa Allah sengat sayang dengannya daripada kasih sayangnya pada diri sendiri dan juga daripada kasih sayang manusia.
3- Mengetahui bahawa Allah s.w.t yang telah memilihkan satu-satu penyakit itu untuk seseorang manusia.

4- Sentiasa beringat bahwa Allah s.w.t menguji manusia dengan penyakit dan sebagainya adalah sebagai tanda bahawa Allah sayangkan hamba-hambanya.

5- Mengetahui bahawa dunia ini bersifat fana’ iaitu tidak kekal , dan di sana ada tempat yang kekal .




Doa Keampunan dan kesihantan

Seorang muslim tidak boleh leka dalam berdoa kepada Allah apa sahaja yang dia kehendaki di dunia dan akhirat. Antara doa yang perlu dia minta ialah keampunan dan kesihatan di dunia dan akhirat, dan jangan sesekali dia memohon bala dari Allah s.w.t .

Berikut adalah beberapa hadis Nabi Muhammad s.a.w berkaitan dengan perkara di atas :-


1- Abbas bin Abdul Muthollib r.a telah berkata : aku berkata : wahai Rasulullah ajarkanlah kepada ku sesuatu untuk aku minta dari Allah s.w.t. Maka Rasulullah menjawab seraya bersabda “ mintalah dari Allah s.w.t kesihatan “, maka aku pun berlalu, bebarapa hari selepas itu aku kembali berjumpa dengan Nabi, lalu aku berkata :” wahai Rasulullah ajarkan kepada ku sesuatu yang perlu aku minta dari Allah, maka Rasulullah bersabda “ mintalah dari Allah kesihatan di dunia dan akhirat” [ H.R Al Tirmizi : 3514]

2- Hadis Abi Bakar r.a , bahawa Nabi s.a.w telah bersabda di atas mimbar “ mintalah kamu semua kepada Allah s.w.t keampunan dan kesihatan seseungguhnya seseorang daripada kamu tidak akan diberi perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas kematian” [H.R Al Tirmizi : 3948]

3- Hadis Abdullah bin Umar r.a telah berkata : bahawa adalah antara doa Rasulullah s.a.w:
اللهم إني أعوذبك من زوال نعمتك، وتحول عافيتك ، وفجأة نقمتك، وجميع سخطك
Maksudnya : Ya Allah aku berlindung dengan mu dari kehilangan nikmatmu, dan perubahan kesihatan yang engkau telah berikan kepada ku, dan >>>>>> , dan semua kemarahanmu ya Allah.


Beringat Ketika Sehat

Sebagai manusia dan hamba kepada Allah s.w.t, maka dia perlu menjaga kesihatan ketika sehat, selain dari itu ada lagi yang tak kurang pentingnya juga iaitu amalan soleh. Sebagai seorang hamba Allah s.w.t dia perlu berusha melakukan sebanyak mungkin amalan soleh ketika dalam keadaan sehat, ini kerana Nabi s.a.w bermaksud :

Daripada Abi Musa al Asyari r.a telah berkata, nabi s.a,w telah bersabda: “ Apabila seorang hamba itu sakit ataupun musafair maka akan ditulis baginya pahala yang sama dilakukan [amalan sunat] ketika bermukim dan sehat” [H.R Al Bukhari :2996]

No comments:

Post a Comment