Wednesday, June 3, 2009

Baca Bismillah? Siri 1

Bismillah adalah ungkapan bahasa arab بسم الله yang membawa maksud : dengan nama Allah..secara umumnya semua perkara yang baik maka seelok-eloknya bagi setiap muslim memulakannya dengan bismillah. Berikut adalah beberapa amalan sunnah nabi صلى الله عليه وسلم membaca bismillah :

1- menyembelih

Firman Allah Taala :

((فكلوا مما ذكر اسم الله عليه إن كنتم بآياته مؤمنين))

Bermaksud : Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang di sebut nama Allah letika menyembelihnya, jika kamu beriman dengan ayat-ayatnya. [al An’aam : 118 ]

2- menaiki kenderaan

Firman Allah Taala :

(( وقال اركبوا فيها بسم الله مجراها ومرساها إن ربي لغفور رحيم ))

Bermaksud : dan Nuh berkata : ‘naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allh di waktu berlayar dan berlabuhnya’ sesungguhnya Tuhanku benar-banar Maha Pengampunan lagi Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani. [Hud : 41]

3- makan,minum

Hadis

عن عائشة قالت : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا أكل أحدكم طعاما فليقل بسم الله فإن نسي في أوله فليقل بسم الله في أوله وآخره

Bermaksud : Dari Aishah r.a. [ رضي الله عنهما ] telah berkata : Sabda nabi صلى الله عليه وسلم : apabila seorang itu hendak makan satu-satu makanan maka hendaklah dia membaca bismillah (بسم الله ) apabila dia terlupa pada awalnya (dia teringat ketika makan) maka hendaklah dia membaca : bismillahi auwaluhu wa aakhiruhu ( بسم الله في أوله وآخره ) iaitu dengan nama Allah pada awal dan akhirnya. [H.R Ahmad, Tirmizi, Al Hakim]

Hadis:

عن حذيفة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " إن الشيطان يستحل الطعام أن لا يذكر اسم الله عليه "

Bermaksud: dari Huzaifah [ رضي الله عنه ] telah berkata : telah bersabda nabi صلى الله عليه وسلم : sesungguhnya syaitan akan turut sama makan makanan yang tidak di sebut nama Allah ke atasnya. [H.R Muslim]


4- Bersetubuh.

Hadis :

عن ابن عباس قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم لو أن أحدكم إذا أراد أن يأتي أهله قال: بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا فإنه إن يقدر بينهما ولد في ذلك لم يضره شيطان أبدا .

Maksud : dari Ibnu Abbas [ رضي الله عنهما ]telah berkata : sabda Nabi صلى الله عليه وسلم : jikalau salah seorang dari kamu mahu mendatangi isteri kamu (bersetubuh) lalu dia berkata :

بِسْمِ اللهِ اللّهُمَّ جَنِّبْناَ الشَيْطاَنَ وَجَنِّبْ الشَيْطَانَ ماَ رَزَقْتَناَ

Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkan kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang rezekikan kepada kami.

Maka jika dia ditakdir kepada pasangan tersebut anak ketika itu maka syaitan tidak boleh memudharatkannya. [H.R At Tirmizi]

5- menyembelih

Hadis :

عن جندب قال : أنه شهد النبي صلى الله عليه و سلم يوم النحر صلى ثم خطب فقال ( من ذبح قبل أن يصلي فليذبح مكانها أخرى ومن لم يذبح فليذبح باسم الله )

Bermaksud : daripada Jundub[ رضي الله عنه ] telah berkata : bahawa dia pernah melihat nabi صلى الله عليه وسلم ketika hari raya eid al adhha, beliau صلى الله عليه وسلم solat lalu berkhutbah dan bersabda: barang siapa yang telah menyembelih (binatang qurban) sebelum dia solat (hari raya) maka hendaklah dia sembelih sembelihan yang lain, dan barang siapa yang belum menyembelih (binatang qurbannya) maka hendaklah dia menyebelih dengan nama Allah (bismillah) [H.R Al Bukhari & Muslim.



6- Masuk tandas

Hadis :

علي بن أبي طالب [ رضي الله عنه ] : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال ستر ما بين أعين الجن وعورات بني آدم إذا دخل أحدهم الخلاء أن يقول بسم الله

Bermaksud : dari Ali bin Abi Tolib [ رضي الله عنه ] : bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda : penghadang di antara mata-mata Jin dan aurat-aurat anak Adam apabila seseorang daripada mereka masuk ke tandas maka hendaklah dia membaca dengan nama Allah (bismillah) [H.R Al Tirmizi]


7- Jampi Syarei

عن أبي سعيد : أن جبريل أتى النبي صلى الله عليه و سلم فقال يا محمد ! اشتكيت ؟ قال نعم قال بسم الله أرقيك من كل شيء يؤذيك من شر كل نفس وعين حاسد بسم الله أرقيك والله يشفيك

Bermaksud : Dari Abi Saeid [ رضي الله عنه ] telah berkata bahawa Jibril عليه السلامtelah datang berjumpa dengan nabi صلى الله عليه وسلم lalu berkata : wahai Muhammad, adakah engkau mengadu sakit? Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab : Ya. Jibril berkata :

بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرَّ كُلِّ نَفْسٍ وَعَيْنٍ حَاسِدٍ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ وَاللهُ يَشْفِيْكَ

Bermaksud : dengan nama Allah aku menjampi kamu dari semua perkara yang menyakitkan kamu dan dari semua makhluk dan mata yang dengki, dengan nama Allah aku menjampi kamu dan sesungguhnya Allahlah yang akan menyembuhkan kamu. [H.R At-tirmizi]

No comments:

Post a Comment