Monday, June 15, 2009

HIKMAH SAKIT

Setiap sesuatu perkara yang telah ditakdirkan Allah s.w.t ada hikmahnya samaada yang dikatahui mahupun tidak, hikmah tetap ada, Allah s.w.t tidak akan menjadikan sesuatu dengan tujuan yang sia-sia.
Berikut adalah beberapa hikmah daripada penyakit yang dihidapi oleh seseorang pesakit, khususnya bagi orang Islam:

1- Kesabaran Pesakit dan Ihtisab

Setiap pesakit wajib bersabar dan berharapkan pahala daripada Allah s.w.t. sepertimana yang telah Dia janjikan kepada mereka yang bersabar.

Firman Allah s.w.t


(إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ )(al zumar : 10)

Yang bermaksud : Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال : قال النبي صلى الله عليه وسلم : عجبًا لأمر المؤمن إن أمره كله خير، وليس ذلك لأحدٍ إلا للمؤمن، إن أصابته سرَّاء شكر فكان خيرًا له، وإن أصابته ضّراء صبر فكان خيرًا له

Yang Bermaksud : Dari Abi Musa Al Asyari r.a telah berkata: telah bersabda Nabi s.a.w : Pelik ! semua urusan orang mukmin adalah baik, dan itu tidak akan berlaku pada seseorang kecuali dia adalah orang yang beriman , apabila dia ditimpa perkara yang mengembirakan maka dia akan bersyukur maka ianya adalah baik untuknya. Dan apabila dia ditimpa keburukan maka dia akan bersabar maka itu juga baik untuknya.[ H.R : Muslim: 223]

2- Penghapusan dosa-dosa dan kejahatan
Sakit yang dihidapi oleh seseorang pasakit merupakan satu sebab penghapusan dosa yang telah dilakukan ketika sehat samaada dengan hati, pendengaran , penglihatan , lidah dan lain –lain anggota badan. Kemungkinan penyakit yang dihidapinya sekarang adalah satu balasan dari Allah s.w.t ke atas dosa yang telah dilakukan oleh seseorang hamba.

Firman Allah s.w.t :

قال الله تعالى: ((وما أصابكم من مصيبه فبما كسبت أيديكم ويعفو عن كثير )(

Yang Bermaksud : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu musibah (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. [al syura : 30]

sabda nabi muhammad s.a.w

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : مايصيب المسلم من وَصب ، ولا نصب ، ولا هم ،ولا أذى، ولا حزن ، ولا غم حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه.

Yang bermaksud: Dari abi Hurairah r.a telah berkata : telah bersabda nabi s.a.w : tidak ditimpa ke atas orang muslim itu sakit, keletihan, kemurungan, kesakitan, kesedihan, kerungsingan sehinggakan duri mencucuk dirinya melainkan Allah akan menghapuskan dosa dosanya. [H.R Bukhari : 5641, Muslim : 2573]


3- Kebaikan dan darajat

Seseorang hamba itu berkemungkinan merupakan seorang hamba Allah yang mempunyai darajat yang tinggi di sisi Allah s.w.t, akan tetapi hamba tersebut tidak mempunyai amalan yang membolehkan dia mendapat darajat tersebut maka Allah s.w.t mengujinya dengan sakit dan sesuatu yang dia tidak suka, sehinggalah dia benar-benar layak menerima darajat tersebut.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w :

قال عليه الصلاة والسلام : " إن العبد إذا سبقت له من الله منـزلة لم يبلغها بعمله ، ابتلاه الله في جسده أو في ماله أو في ولده ، ثم صبّره على ذلك ، حتى يبلغه المنـزلة التي سبقت له من الله تعا لى "

Yang Bermaksud: sabda Nabi s.a.w : sesungguhnya seseorang hamba itu apabila telah ditakdirkan ke atasnya oleh Allah s.w.t satu kedudukan atau darajat dan dia tidak dapat mencapainya dengan amalan yang telah dilakukan, maka Allah s.w.t akan mengujinya pada jasadnya atau pada hartanya atau pada anaknya, kemudian dia bersabar ke atas musibah tersebut, sehinggalah dia dapat mencapai kedudukan dan darajat sepertimana yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t [ H.R Abu Daud]

4- Penyebab masuk ke syurga

Sabda Nabi Muhammad s.a.w

قال صلى الله عليه وسلم - : " يود أهل العافية يوم القيامة حين يعطى أهل البلاء الثواب ، لو أن جلودهم كانت قرضت بالمقاريض "

Yang Bermaksud: Sabda Nabi s.a.w : orang yang sehat di hari kiamat kelak berharap alangkah bagusnya jika kulit-kulit mereka dihiris-hiris dengan alat pengiris; ketika orang yang diuji oleh Allah s.w.t diberi pahala . [H.R Al Tirmizi]




5- Terselamat daripada api neraka

Hadis nabi s.a.w :

عن أبي هريرة رضي الله عنه- أن النبي صلى الله عليه وسلم – عاد مريضاً ومعه أبو هريرة ، فقال له رسول الله – صلى الله عليه وسلم - : " أبشر فإن الله عز وجل يقول : هي ناري أسلطها على عبدي المؤمن في الدنيا لتكون حظه من النار في الآخرة "


Yang Bermaksud: Dari Abi Hurairah r.a. sesungguhnya nabi s.a.w telah menziarahi seorang pesakit dan bersamanya Abu Hurairah, lalu beliau s.a.w bersabda kepadanya : aku mahu memberitahu kamu satu khabar gembira, sesungguhnya Allah s.a.w berfirman : ia (penyalit/musibah) adalah merupakan nerakaKu yang Aku beri untuk hambaKu yang beriman di dunia supaya dengannya maka dia akan terselamat dari apa neraka di akhirat kelak. [ Al silsilah al Sohehah oleh Al Albani : 557]

6- Bala semakin hebat ke atas orang yang beriman mengikut kadar iman mereka.

قال عليه الصلاة والسلام : " إن عِظم الجزاء مع عِظم البلاء ، وإن الله إذا أحب قوماً ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط " صحيح الترمذي

Yang bermaksud : sabda Nabi s.a.w : sesungguhnya ganjaran yang besar berdasarkan ujian yang besar, dan sesungguhnya Allah s.w.t jika Dia sayangkan sesuatu kaum maka Dia akan menguji mereka, sesiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah dan sesiapa yang marah maka baginya kemarahan Allah s.w.t. [ H.R Al Tirmizi: 2396]

7- Berita gembira bagi pasakit, iaitu jika waktu dia sehat banyak melakukan ketaatan (sunat) dan apabila ditimpa penyakit tidak dapat melakukannya maka Allah s.w.t akan menuliskan baginya pahala juga. Dan pahalanya berterusan selagi mana dia tidak dapat melakukan amalan tersebut dengan sebab sakit.

Sabda Rasulullah s.a.w :

لحديث أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((إذا مرض العبد أو سافر كُتِبَ له مثل ما كان يعمل مقيمًا صحيحًا))

Yang Bermaksud: Rasulullah s.a.w bersabda apabila seseorang hamba itu sakit atau musafir akan ditulis amalan baginya sepertimana amalan yang dilakukan ketika sehat dan bermukim. [H.R Al Bukhari: 2996]


Mencari kesabaran ketika sakit

Telah menjadi satu kewajipan kepada semua pesakit agar sentiasa bersabar dengan penyakit yang dihidapi olehnya. Dengan kesabaran ini maka mereka dapat merealitikan tiga perkara :

1-Mengawal diri daripada sifat marah dan murung.
2-Mengawal lidah daripada suka mengadu kepada makhluk.
3-Mengawal anggota badan daripada melakukan perkara yang menafikan kesabaran.


Sebab-sebab kesabaran ketika sakit

1- Al ilmu (mengetahui dengan yakin) bahawa Allah s.w.t bahawa penyakit yang dia sedang hadapi itu adalah merupakan takdir Allah s.w.t. dan ianya tidak datang daripada selain dariNYA.

Firman Allah s.w.t:

قال تعالى )) قل لن يصيبنا إلا ما كتب الله لنا هو مولانا وعلى الله فليتوكل المؤمنون ((

Yang Bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".[ Al Taubah:51 ]



وقال تعالى )) ما أصاب من مصيبة في الأرض ولا في أنفسكم إلا في كتاب من قبل أن نبرأها ((



Yang Bermaksud : Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. [al hadid :22]

Hadis Nabi s.a.w


و قال عليه الصلاة والسلام : " كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السماوات والأرض بخمسين ألف سنة "

Yang Bermaksud : Bersabda Nabi s.a.w : Sesungguhnya Allah s.w.t telah menulis perjalanan semua makhlukNYA lima puluh ribu tahun sebelum Dia mencipta langit –langit dan bumi. [H.R Muslim 2653]


2- Yakin bahawa Allah sengat sayang dengannya daripada kasih sayangnya pada diri sendiri dan juga daripada kasih sayang manusia.
3- Mengetahui bahawa Allah s.w.t yang telah memilihkan satu-satu penyakit itu untuk seseorang manusia.

4- Sentiasa beringat bahwa Allah s.w.t menguji manusia dengan penyakit dan sebagainya adalah sebagai tanda bahawa Allah sayangkan hamba-hambanya.

5- Mengetahui bahawa dunia ini bersifat fana’ iaitu tidak kekal , dan di sana ada tempat yang kekal .




Doa Keampunan dan kesihantan

Seorang muslim tidak boleh leka dalam berdoa kepada Allah apa sahaja yang dia kehendaki di dunia dan akhirat. Antara doa yang perlu dia minta ialah keampunan dan kesihatan di dunia dan akhirat, dan jangan sesekali dia memohon bala dari Allah s.w.t .

Berikut adalah beberapa hadis Nabi Muhammad s.a.w berkaitan dengan perkara di atas :-


1- Abbas bin Abdul Muthollib r.a telah berkata : aku berkata : wahai Rasulullah ajarkanlah kepada ku sesuatu untuk aku minta dari Allah s.w.t. Maka Rasulullah menjawab seraya bersabda “ mintalah dari Allah s.w.t kesihatan “, maka aku pun berlalu, bebarapa hari selepas itu aku kembali berjumpa dengan Nabi, lalu aku berkata :” wahai Rasulullah ajarkan kepada ku sesuatu yang perlu aku minta dari Allah, maka Rasulullah bersabda “ mintalah dari Allah kesihatan di dunia dan akhirat” [ H.R Al Tirmizi : 3514]

2- Hadis Abi Bakar r.a , bahawa Nabi s.a.w telah bersabda di atas mimbar “ mintalah kamu semua kepada Allah s.w.t keampunan dan kesihatan seseungguhnya seseorang daripada kamu tidak akan diberi perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas kematian” [H.R Al Tirmizi : 3948]

3- Hadis Abdullah bin Umar r.a telah berkata : bahawa adalah antara doa Rasulullah s.a.w:
اللهم إني أعوذبك من زوال نعمتك، وتحول عافيتك ، وفجأة نقمتك، وجميع سخطك
Maksudnya : Ya Allah aku berlindung dengan mu dari kehilangan nikmatmu, dan perubahan kesihatan yang engkau telah berikan kepada ku, dan >>>>>> , dan semua kemarahanmu ya Allah.


Beringat Ketika Sehat

Sebagai manusia dan hamba kepada Allah s.w.t, maka dia perlu menjaga kesihatan ketika sehat, selain dari itu ada lagi yang tak kurang pentingnya juga iaitu amalan soleh. Sebagai seorang hamba Allah s.w.t dia perlu berusha melakukan sebanyak mungkin amalan soleh ketika dalam keadaan sehat, ini kerana Nabi s.a.w bermaksud :

Daripada Abi Musa al Asyari r.a telah berkata, nabi s.a,w telah bersabda: “ Apabila seorang hamba itu sakit ataupun musafair maka akan ditulis baginya pahala yang sama dilakukan [amalan sunat] ketika bermukim dan sehat” [H.R Al Bukhari :2996]

Wednesday, June 3, 2009

Baca Bismillah? Siri 2

8- Memasukkan Mayat Dalam Kubur
Hadis :

عن ابن عمر : أن النبي صلى الله عليه و سلم كان إذا أدخل الميت القبر ( وقال أبو خالد مرة إذا وضع الميت في لحده ) قال مرة بسم الله وبالله وعلى ملة رسول الله وقال مرة بسم الله وبالله وعلى سنة رسول الله صلى الله عليه و سلم

Dari Ibnu Umar [ رضي الله عنهما ] telah berkata : bahawa nabi صلى الله عليه و سلم apabila dia mahu memasukkan mayat ke dalam kubur (berkata Abu Khalid : satu lagi ketika beliau meletakkan mayat dalam lahadnya) maka beliau صلى الله عليه و سلم akan berkata :

بِسْمِ اللهِ وَبِاللهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللهِ

Dengan nama Allah dan demi Allah dan di atas agama Rasulullah

Dan pernah juga beliau صلى الله عليه و سلم berkata :

بِسْمِ اللهِ وَبِاللهِ وَعَلَى سُنَّةِ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه و سلم

Dengan nama Allah dan demi Allah dan di atas sunnah Rasulullah صلى الله عليه و سلم
[H.R AT-Tirmizi dan Ibnu Majah]



9- Berperang

Hadis

عن سليمان بن بريدة عن ابيه قال : كان رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا بعث أميرا على جيش أوصاه في خاصة نفسه بتقوى الله ومن معه من المسملين خيرا فقال اغزو بسم الله ...

Maksud : Dari Sulaiman bin Buraidah dari bapanya telah berkata : bahawa Nabi صلى الله عليه و سلم apabila melantik ketua kepada satu-satu tentara maka Rasulullah صلى الله عليه و سلم akan mewasiatkan kepadanya secara peribadi (untuk ketua tersebut) supaya bertaqwa kepada Allah dan begitu juga Rasulullah صلى الله عليه و سلم juga mewasiatkan perkara yang sama kepada semua orang Islam yang bersama dengan ketua tersebut, mudah-mudahan beroleh kebaikan, seraya berka berperang lah kamu semua dengan nama Allah (بسم الله) [H.R. At Tirmizi]

10 – Jampi Syarei

Hadis :
عن عثمان بن أبي العاص الثقفي أنه قال قدمت على النبي صلى الله عليه و سلم وبي وجع قد كاد يبطلني . فقال لي النبي صلى الله عليه و سلم : ( اجعل يدك اليمنى عليه وقل بسم الله . أعوذ بعزة الله وقدرته من شر ما أجد وأحاذر . سبع مرات ) فقلت ذلك . فشفاني الله

Maksud: Dari Uthman bin Abi Al A’as Al saqofi [ رضي الله عنه ] bahawa dia telah berkata: aku datang berjumpa dengan Nabi صلى الله عليه و سلم dan kekika itu aku sakit dan hampir membatalkan (kedatangannya berjumpa dengan Nabi صلى الله عليه و سلم). Maka Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda kepada aku : letakkan tangan kanan kamu tempat yang sakit dan katakanlah :

بِسْمِ اللهِ . أَعُوْذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Dengan nama Allah, aku belindung dengan kemulian Allah dan kekusaannya daripada kejahatan yang aku dapati pada diriku dan aku takutkan. [H.R At-Tirmizi & Ibnu Majah]

11- Jampi Syarei
عن عائشة رضي الله عنها : أن النبي صلى الله عليه و سلم كان يقول للمريض يقول ببزاقه بإصبعه : ( بسم الله تربة أرضنا بريقة بعضنا يشفى سقيمنا بإذن ربنا )

Maksud: Dari Aeisyah[ رضي الله عنهما ] telah berkata: bahawa Nabi صلى الله عليه و سلم telah melakukan sesuatu kepada seorang pesakit dengan melatakkan air ludahnya pada jari beliau lalu dia berkata :

بِسْمِ اللهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيْقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيْمُناَ بِإِذْنِ رَبِّناَ

Dengan nama Allah dengan tanah bumi kami serta air ludah sebahagian dari kami, disembuhkan penyakit kami dengan izin Tuhan kami. [H.R Al Bukhari dan Muslim]

Berkata Imam Al nawawi : makna hadis ialah Beliau صلى الله عليه و سلم mengambil air ludahnya sendiri dengan jari telunjuknya dan meletakkannya ke atas tanah, maka melakat pada jarinya sebagian tanah tersebut kemudian beliau صلى الله عليه و سلم menyapukan pada tempat yang luka atau sakit lalu sambil membaca jampi ketika sapuan. Setangah Ulama berpandapat bahawa ianya adalah khusus untuk Nabi صلى الله عليه و سلم dan juga tanah madinah, dan yang paling tepat ialah ianya adalah umum dan penyembuhan datangnya dari Allah Taala, semuanya adalah kehendakNYA untuk menjadikan sesuatu itu satu sebab

Baca Bismillah? Siri 1

Bismillah adalah ungkapan bahasa arab بسم الله yang membawa maksud : dengan nama Allah..secara umumnya semua perkara yang baik maka seelok-eloknya bagi setiap muslim memulakannya dengan bismillah. Berikut adalah beberapa amalan sunnah nabi صلى الله عليه وسلم membaca bismillah :

1- menyembelih

Firman Allah Taala :

((فكلوا مما ذكر اسم الله عليه إن كنتم بآياته مؤمنين))

Bermaksud : Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang di sebut nama Allah letika menyembelihnya, jika kamu beriman dengan ayat-ayatnya. [al An’aam : 118 ]

2- menaiki kenderaan

Firman Allah Taala :

(( وقال اركبوا فيها بسم الله مجراها ومرساها إن ربي لغفور رحيم ))

Bermaksud : dan Nuh berkata : ‘naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allh di waktu berlayar dan berlabuhnya’ sesungguhnya Tuhanku benar-banar Maha Pengampunan lagi Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani. [Hud : 41]

3- makan,minum

Hadis

عن عائشة قالت : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا أكل أحدكم طعاما فليقل بسم الله فإن نسي في أوله فليقل بسم الله في أوله وآخره

Bermaksud : Dari Aishah r.a. [ رضي الله عنهما ] telah berkata : Sabda nabi صلى الله عليه وسلم : apabila seorang itu hendak makan satu-satu makanan maka hendaklah dia membaca bismillah (بسم الله ) apabila dia terlupa pada awalnya (dia teringat ketika makan) maka hendaklah dia membaca : bismillahi auwaluhu wa aakhiruhu ( بسم الله في أوله وآخره ) iaitu dengan nama Allah pada awal dan akhirnya. [H.R Ahmad, Tirmizi, Al Hakim]

Hadis:

عن حذيفة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " إن الشيطان يستحل الطعام أن لا يذكر اسم الله عليه "

Bermaksud: dari Huzaifah [ رضي الله عنه ] telah berkata : telah bersabda nabi صلى الله عليه وسلم : sesungguhnya syaitan akan turut sama makan makanan yang tidak di sebut nama Allah ke atasnya. [H.R Muslim]


4- Bersetubuh.

Hadis :

عن ابن عباس قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم لو أن أحدكم إذا أراد أن يأتي أهله قال: بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا فإنه إن يقدر بينهما ولد في ذلك لم يضره شيطان أبدا .

Maksud : dari Ibnu Abbas [ رضي الله عنهما ]telah berkata : sabda Nabi صلى الله عليه وسلم : jikalau salah seorang dari kamu mahu mendatangi isteri kamu (bersetubuh) lalu dia berkata :

بِسْمِ اللهِ اللّهُمَّ جَنِّبْناَ الشَيْطاَنَ وَجَنِّبْ الشَيْطَانَ ماَ رَزَقْتَناَ

Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkan kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang rezekikan kepada kami.

Maka jika dia ditakdir kepada pasangan tersebut anak ketika itu maka syaitan tidak boleh memudharatkannya. [H.R At Tirmizi]

5- menyembelih

Hadis :

عن جندب قال : أنه شهد النبي صلى الله عليه و سلم يوم النحر صلى ثم خطب فقال ( من ذبح قبل أن يصلي فليذبح مكانها أخرى ومن لم يذبح فليذبح باسم الله )

Bermaksud : daripada Jundub[ رضي الله عنه ] telah berkata : bahawa dia pernah melihat nabi صلى الله عليه وسلم ketika hari raya eid al adhha, beliau صلى الله عليه وسلم solat lalu berkhutbah dan bersabda: barang siapa yang telah menyembelih (binatang qurban) sebelum dia solat (hari raya) maka hendaklah dia sembelih sembelihan yang lain, dan barang siapa yang belum menyembelih (binatang qurbannya) maka hendaklah dia menyebelih dengan nama Allah (bismillah) [H.R Al Bukhari & Muslim.



6- Masuk tandas

Hadis :

علي بن أبي طالب [ رضي الله عنه ] : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال ستر ما بين أعين الجن وعورات بني آدم إذا دخل أحدهم الخلاء أن يقول بسم الله

Bermaksud : dari Ali bin Abi Tolib [ رضي الله عنه ] : bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda : penghadang di antara mata-mata Jin dan aurat-aurat anak Adam apabila seseorang daripada mereka masuk ke tandas maka hendaklah dia membaca dengan nama Allah (bismillah) [H.R Al Tirmizi]


7- Jampi Syarei

عن أبي سعيد : أن جبريل أتى النبي صلى الله عليه و سلم فقال يا محمد ! اشتكيت ؟ قال نعم قال بسم الله أرقيك من كل شيء يؤذيك من شر كل نفس وعين حاسد بسم الله أرقيك والله يشفيك

Bermaksud : Dari Abi Saeid [ رضي الله عنه ] telah berkata bahawa Jibril عليه السلامtelah datang berjumpa dengan nabi صلى الله عليه وسلم lalu berkata : wahai Muhammad, adakah engkau mengadu sakit? Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab : Ya. Jibril berkata :

بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرَّ كُلِّ نَفْسٍ وَعَيْنٍ حَاسِدٍ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ وَاللهُ يَشْفِيْكَ

Bermaksud : dengan nama Allah aku menjampi kamu dari semua perkara yang menyakitkan kamu dan dari semua makhluk dan mata yang dengki, dengan nama Allah aku menjampi kamu dan sesungguhnya Allahlah yang akan menyembuhkan kamu. [H.R At-tirmizi]

Tuesday, June 2, 2009

Pengenalan

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسوله الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين يوم لا ينفع مال ولا بنون إلا من أتى الله بقلب سليم.

alhmdulillah syukur ke hadhrat Ilahi kerana dengan inayahNya dapat juga akhirnya membuat blog sendiri. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu mudah-mudahan saham antum ada dalam gerbang dakwah ini.

sebelum sebarang tulisan yang saya akan postkan di dalam blog ini, pertama-tamanya saya memohon ampun dari Allah subhanahu wataala andai ada kesilapan dalam tulisan-tulisan tersebut nanti.

Firman Allah :
}لا يكلف الله نفسا إلا وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطانا ربنا ولا تحمل علينا إصرا كما حملته على الذين من قبلنا ربنا ولا تحملنا ما لا طاقه لنا به واعف عنا واغفر لنا وارحمنا أنت مولانا فانصرنا على القوم الكافرين{

Maksudnya : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami , janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami , janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. [ Al Baqarah: 286]

Sebagai insan kerdil yang bernama manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan sepertimana sabda Nabi sallahualaihi wasallam :

عن أنس بن مالك ، رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( كل بني آدم خطاء وخير الخطائين التوابون))

Maksud : Dari Anas bin Malik r.a telah berkata : telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : ((setiap anak Adam banyak melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang-orang yang bertaubat)) [H.R Al-Hakim:7725, Al Baihaqi : 6862, Ibnu Majah : 4392 ]

Keduanya, saya berharap blog ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam di serata dunia tak kira dimana jua mereka berada khususnya umat Islam di Malaysia. Tak lupa juga kepada pembaca yang budiman, saya berharap dapat memberikan komen yang membantu ke arah kebenaran.

Akhir kata saya berdoa kepada Allah subhanuwataala agar dapat membantu saya dan semua umat islam dalam kerja dakwah ini serta mengikhlaskan niat kita semua. Dan saya juga berharap daripa Yang Maha Esa agar melindungi kita semua dari semua kejahatan….amin ya Rab Al A’alamin.